Tidak Seperti Pengumpulan Sampel Darah,
Metascreen® Adalah Prosedur Tidak Invasif
Tidak seperti pemeriksaan lain yang ada di pasaran untuk bayi yag baru lahir, Metascreen® ialah ujian urin tidak invasive dan mudah untuk menyaring lebih dari 100 penyakit metabolic, tanpa membahayakan atau mendatangkan ketidakselesaan pada bayi anda. Pemeriksaan terhadap bayi anda akan memudahkan untuk mendapat rawatan awal dan mencegah kesan jangka panjang yang memudaratkan kesihatan bayi anda.
Mengesan Lebih Daripada 100 Penyakit Metabolik
Teknologi GC-MS yang diluluskan oleh FDA digabungkan dengan bioinformatik proprietari untuk mengesan lebih daripada 100 penyakit metabolik.
Ujian Urin Yang Mudah Dan Tidak Menyakitkan
Air kencing bayi anda boleh dikumpulkan dengan mudah dengan memasukkan kertas saringan ke dalam lampin tanpa menyebabkan bahaya atau ketidakselesaan pada bayi anda.
Sesuai Untuk Bayi Usia Sehingga 6 Bulan
Saring bayi anda dari 48 jam selepas kelahiran, sehingga usia 6 bulan. Sebaik-baiknya, bayi anda harus diperiksa antara 2 hingga 7 hari selepas kelahiran.
Laporan Pemeriksaan Tepat Pada Masanya
Hasil ujian akan tersedia dalam 10-14 hari bekerja bagi membolehkan rawatan awal, jika perlu.
Pentauliahan Antarabangsa
Makmal ini diakreditasi oleh The College of American Pathologists (CAP), yang mempunyai piawaian yang ketat untuk operasi, kualiti dan teknologi makmal.